Kementeran Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memberitahu, enam acara itu adalah badminton, olahraga, memanah, golf, wusyu dan bola sepak.

Menurut kenyataan itu, kontijen negara akan disertai oleh beberapa atlet berprofil tinggi yang boleh disandarkan untuk memenangi pingat iaitu pemain badminton Zulfadli Zulkiffli dan pemanah Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang akan bersaing dalam kategori compound.

“Kementerian akan berusaha keras untuk menghantar atlet yang bukan sahaja mampu cemerlang dan memenangi pingat dalam Universiade 2017 pada 19 hingga 30 Ogos ini tetapi seterusnya akan menjadi bintang sukan masa depan negara,” kata kenyataan itu.

Untuk merealisasikan impian tersebut, jelas kenyataan itu, kementerian telah melantik bekas jaguh badminton negara Rashid Sidek dan Mohd. Zakry Abdul Latif serta Adnan Ahmad untuk membimbing atlet terlibat.