Pemain berusia 20 tahun itu mengetepikan cabaran seorang lagi pemain tuan rumah, Medison Keye 6-2, 6-4 untuk ke pentas akhir kejohanan itu yang menawarkan wang tunai RM15 juta untuk juara.

Osaka berkata, walaupun berhadapan dengan cabaran sengit daripada Key, tetapi dia bertahan kerana mahu berhadapan dengan William di perlawanan akhir.

Naomi Osaka melakukan pukulan balas daripada Madison Keys pada
 

“Saya hanya berfikir yang saya benar-benar mahu berlawan dengan Serena.

“Malah sewaktu kecil saya selalu berangan yang saya akan bertemu Serena di perlawanan akhir grand slam,” katanya.

William pula layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan pamain Latvia, Anastasija Sevastova 6-3, 6-0. - REUTERS