Mat Sport

Pihak penganjur atau Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin boleh memikirkan satu cara terbaik untuk menaik taraf kualiti Sukma agar mempu­nyai prestijnya tersendiri.

Pada panda­ngan Mat, tidak salah andai MSN menyarankan agar setiap persatuan sukan kebangsaan meletakkan had kelayakan untuk menyertai setiap kejohanan peringkat kebangsaan dan menjadikan Sukma sebagai medan untuk atlet melayakkan diri.

Ini bermakna, setiap atlet yang bertanding dalam Sukma tidak hanya akan memburu pingat emas sahaja sebaliknya mereka akan berusaha sebaik­nya bagi mendapatkan slot automatik menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Secara tidak langsung prestij Sukma mampu dinaikkan ke tahap lebih tinggi selain lebih kompetitif malah tidak mustahil lebih banyak rekod kebangsaan dapat diperoleh dalam temasya berkenaan.

Menerusi cara ini hanya yang terbaik akan menyertai kejohanan kebangsaan melibatkan sukan-sukan pilihan.

Sebelum ini Mat difahamkan bahawa untuk menyertai kejohanan peringkat kebangsaan tidak mempunyai apa-apa kelayakan dan semua atlet peringkat negeri layak me­nyertai.

Tidak salah andai pembaharuan dilakukan dalam Sukma selagi matlamat utama temasya tidak tersasar dari landasan.