Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad berkata, sukan tersebut dan beberapa sukan tambahan sedang dibincang dan diperhalusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020.

Menurutnya, buat masa ini sebanyak 30 sukan sudah dikenal pasti dan satu sukan masih berstatus KIV.

“Sukan yang akan dipertandingkan mungkin akan ada pertambahan dan ia sedang dibincangkan di peringkat majlis pengurusan tertinggi kalau ada sukan-sukan yang agak popular di hati rakyat untuk disertakan sekali.

“KIV itu sebab sebelum ini angkat berat ada kes doping tapi kita sedang perhalusi kerana ia sukan yang dekat dengan hati rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Stadium [email protected] di Mount Austin yang menjadi satu venue Sukma 2020, lokasi utama sukan olahraga dan ragbi.

Syed Saddiq
SYED SADDIQ (kiri) melakukan lawatan kerja ke Stadium [email protected] di Mount Austin, Johor Bahru sebentar tadi yang menjadi satu venue Sukma 2020, lokasi utama sukan olahraga dan ragbi. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn. Bhd., On Jabar.

Syed Saddiq menegaskan akan memastikan sekiranya sukan angkat berat itu diangkat dan dipertandingkan bukan satu lesen kepada doping untuk diteruskan kerana setiap tahun kes sama berulang.

“Jadi, mesti ada kenyataan tegas daripada kita, walaupun mungkin kita luluskan, kita tak nak kes doping berulang lagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE