STEVEN Sim Chee Keong
STEVEN Sim Chee Keong

Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya akan mengambil pendirian meningkatkan lagi hubungan kerjasama dalam bidang berkenaan selain membiarkan Rules of Law dan prinsip kesukanan mengadili bidang sukan yang disertai atau dianjurkan.

Katanya, sukan juga bukan satu pentas untuk menonjolkan kemarahan, kebencian dan keganasan, tetapi merupakan satu persada untuk menjalin dan mempromosikan nilai-nilai persaudaraan, persahabatan dan semangat kesukanan.

“Saya dengan sukacita mengumumkan bahawa setakat ini, kita tidak menerima apa-apa laporan yang tidak diingini berlaku terhadap atlet-atlet kita di Indonesia sepanjang perjalanan Sukan Asia 2018.

“Kementerian sedar wujud satu keadaan apabila atlet negara bertemu dengaan atlet Indonesia dalam mana mana perlawanan, akan wujud sedikit ketegangan. Boleh juga berlaku ketegangan antara kedua-dua belah penonton,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE