Menurut beliau penyertaan aktif dalam sukan akan meningkatkan produktiviti, kesihatan, disiplin dan perpaduan masyarakat, mengurangkan perbelanjaan perubatan serta melahirkan pemimpin hebat.

"Penganjuran acara sukan juga akan membantu membangunkan infrastruktur, menjana pekerjaan, membawa masuk modal asing sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi sebuah negara.

"Acara sukan juga mewujudkan peluang untuk pelancongan sukan di mana keluarga, rakan-rakan dan peminat akan turut serta atlet yang mengambil bahagian dalam acara itu," katanya dalam ucapan penggulungan pada Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tahun lepas, Sarawak menerima 4.43 juta pelawat dengan resit dianggarkan sebanyak RM7.95 bilion. Kedatangan pelawat ke Sarawak daripada Januari hingga Mac tahun ini ialah 1.1 juta orang, meningkat sebanyak 3.93 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. - BERNAMA