Amy berjaya mengumpul 51.500 mata daripada empat acara - gelung, bola, belantan dan riben - yang dipertandingkan.

Seorang lagi wakil negara, Koi Sie Yan menamatkan saingannya di tangga ke-8 setelah berjaya mengumpul 48.050 mata.

Pingat emas milik gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou yang berjaya mengumpul 55.750 mata, manakala gimnas Kanada, Katherine Uchida merangkul pingat perak denagn 52.650 mata. - UTUSAN ONLINE