Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Smith bakal bersara daripada All Blacks

WELLINGTON 19 Mei - Penolong jurulatih skuad ragbi New Zealand, Wayne Smith yang sudah 20 tahun bersama pasukan tersebut akan meletak jawatan selepas kejohanan Kejuaraan Ragbi tahun ini, demikian menurut kenyataan daripada All Blacks, hari ini.

Smith yang membantu All Blacks meraih gelaran Piala Dunia 2011 dan 2015 berkata, dia merancang berehat panjang selepas kejohanan tersebut.

“Sukar dipercayai yang saya sudah 20 tahun terlibat bersama All Blacks menjadi jurulatih dan pemain dan ragbi juga sebahagian daripada hidup saya.

“Saya melalui masa yang amat indah bersama pasukan All Blacks dan ini semua akan menjadi satu pengalaman indah buat saya,” kata Smith.

Kejohanan Kejuaraan Ragbi akan bermula Ogos ini dan berakhir pada Oktober. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain