Pemain berusia 37 tahun itu membuktikan dia masih berbisa apabila mengetepikan cabaran pilihan utama kejohanan, Simona Halep untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia malah bintang dari Romania itu menyifatkan kekalahan tersebut seperti ‘dilanggar keretapi’.

Serena menewaskan Halep dengan keputusan 6-1, 4-6, 6-4.

Jurulatih lamanya, Mouratoglou berkata Serena berada di kedudukan berbeza sewaktu beraksi di Flushing Meadows apabila kekalahannya kepada Noami Osaka tahun lalu mencetuskan kontroversi setelah membuat kemunculan semula selepas melahirkan anak sulungnya.

Dalam aksi tersebut, Serena dikenakan penalti apabila menggelarkan umpire sebagai penipu dan pencuri selepas tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Mouratoglou mengakui Serena tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menjuarai Terbuka AS pada tahun lalu.

“Terdapat perbezaan yang ketara di antara mara ke pentas final dengan menjuarai kejohanan tersebut,” katanya. - AFP