SERENA Williams (kiri) and suaminya, Alexis Ohanian. - REUTERS

Pemain berusia 36 tahun itu beraksi dalam Terbuka Perancis buat kali pertama pada 1998 dan pernah dinobatkan sebagai juara tiga kali di Paris.

Sekiranya dia memenangi Roland Garros buat kali keempat itu bermakna dia menyamai rekod Margaret Court yang memenangi 24 kejuaraan grand slam.

Begitu pun, tahap kecergasan dan kesediaan Williams menjadi pertikaian untuk menyertai kejohanan tersebut selepas dia berehat panjang.

“Saya bukan sekadar membuat penampilan semula tetapi saya mahukan kemenangan,” katanya. - AFP