Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Satu kes dikesan positif doping

DATUK SURENDAR SINGH CHEEMA 2
DATUK SURENDAR SINGH CHEEMA

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping Sukan SEA Ke-29 (KL2017) mengesahkan terdapat satu kes positif setakat ini melibatkan pemenang pingat temasya itu yang berakhir Rabu lalu.

Jawatankuasa itu juga mengesahkan bahawa tiga kes lain pula perlu menjalani ujian penilaian lanjutan untuk mendapatkan status keputusan namun semua kes itu tidak melibatkan kontinjen Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa ber­kenaan Datuk Dr. Surendar Singh Cheema berkata, pihak makmal Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang menjalankan ujian itu di New Delhi, India telah memaklumkan kepadanya berhubung satu kes positif doping namun katanya maklumat terperinci, termasuk nama atlet terlibat belum boleh didedahkan.

Tambah Dr. Surendar, sepucuk surat juga akan dihantar kepada atlet berkenaan untuk memaklumkan berhubung keputusan yang diperoleh menerusi sampel A daripada ujian air kencing berkenaan.

“Atlet berkenaan adalah pemenang pingat dan dirahsiakan warna pingatnya kerana individu tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu, dan jika dia mahu membantah maka ujian sampel B perlu dijalankan. Sekiranya atlet itu mengaku salah maka ujian seterusnya tidak perlu dibuat.

“Saya tidak boleh mendedahkan atlet berkenaan dari negara mana, sukan dan acara apa di­sertai kerana maklumat itu sulit namun apa yang boleh saya katakan dia bukan dari negara ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Sebanyak 788 sampel air ken­cing dan 32 sampel darah daripada atlet telah diambil sepanjang KL2017 berlangsung, yang dipilih secara rambang dan dihantar ke New Delhi.

Sementara itu, Dr. Surender berkata, satu kes berkenaan adalah keputusan awal daripada kesemua sampel yang diperoleh manakala keputusan penuh daripada sampel yang diambil akan diketahui dalam tempoh 10 hari lagi dari hari ini.

Beliau juga memberitahu terdapat tiga lagi sampel yang perlu menjalani ujian kimia sekali lagi untuk mendapatkan keputusan jelas sama ada positif atau negatif.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana itu adalah prosedur biasa. Jika sesuatu sampel itu sukar ditentukan keputusannya maka ujian perlu dilakukan sekali lagi.

“Pihak makmal di New Delhi sentiasa berhubung dengan saya untuk memaklumkan perkembangan terkini dan setakat ini tiada atlet Malaysia yang didapati positif namun masih perlu menunggu hingga semua sampel selesai diuji,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain