Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sehubu­ngan itu, beliau akan mengadakan perbincangan de­ngan kerajaan Pusat berhubung perkara itu sekali gus yakin peruntukan akan diberikan bagi tujuan berkenaan.

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

“Biasa kerajaan pusat akan beri, seperti juga Sukma di Perak yang memperoleh puluhan juta di samping bantuan-bantuan bentuk lain, saya sendiri akan 'follow up' mengenai perkara membabitkan peruntukan tersebut.

“Bagi keseluruhan bajet, kita mencapai RM400 juta untuk menaik taraf dan menyediakan kemudahan baharu.

“Kita harap kerajaan Pusat akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya dalam Majlis Sumbangan Back to School Wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kejora, Hamzah Isa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dan ADUN Johor Lama, Rosleli jahari.

Osman berkata, 50 peratus daripada RM400 juta bagi pe­nganjuran Sukma 2020 itu akan ditanggung kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat seperti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Tambahnya, pembinaan semua kemudahan memerlukan perancangan yang tersusun disusuli dengan bajet yang ditetapkan.

“Nak buat semua pembangunan kemudahan itu mengambil masa dalam 18 bulan...kita kena bersedia menjadi tuan rumah Sukma 2020 yang dijangka akan bermula pada bulan Julai tahun itu,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Osman memberitahu, pihaknya akan membangkitkan isu membabitkan persempadanan ruang udara dan maritim Malaysia dan Singapura pada Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura (JMC) tahun depan.