Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Omar Ali berkata, peruntukan tersebut merupakan berita baik buat negeri ini.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana membantu menjayakan Sukma Johor 2020.

“Perkembangan ini merupakan berita baik bagi memastikan kelancaran setiap perancangan yang telah dan sedang dilaksanakan untuk menjayakan kejohanan sukan dwitahunan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Sheikh Omar, kerajaan negeri akan memastikan penganjuran Sukma Johor 2020 merupakan penganjuran kejohanan yang terbaik daripada segi pengurusan dan semangat kesukanan atlet. - UTUSAN ONLINE