Pada aksi yang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring di sini, barisan anak buah Abdul Talib Ahmad menepati ramalan untuk menang set pertama 21-8.

Percaturan Ketua Jurulatih, Abdul Talib Ahmad yang tidak menurunkan tekong utama Mohammad Syahir Mohd Rosdi, sebaliknya bergantung kepada tekong simpanan Muhammad Zulkifli Abd Razak jelas tepat apabila regu negara turut memenangi set kedua dengan catatan mata 21-8.

Pada aksi final esok, regu negara bakal berdepan pasukan tuan rumah Indonesia yang mengalahkan Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA