Baginda yang turut diiringi pasukan ‘Team Spartan Perlis’ seramai 26 peserta yang lain berjaya menamatkan cabaran sukar sejauh kira-kira 13km merentasi lebih 25 jenis halangan mencabar yang berbeza. 


Tuanku Raja Puan Muda Perlis sebelum ini telah pernah mengambil bahagian dan berjaya menamatkan pertandingan-pertandingan spartan di dalam kategori ‘Sprint’ (5km+ melalui 20+ halangan), ‘Super’ (13km+ melalui 25+ halangan) yang kedua-duanya dilangsungkan di Putrajaya, Sprint sejauh 6.2km di Pulau Sentosa Singapura dan kategori ‘Beast’ (21km+ melalui 30+ halangan) yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor sebelum ini.


Baginda kini telah berjaya memiliki ketiga-tiga medal ‘Trifecta’ iaitu merangkumi kategori ‘Sprint, Super dan Beast’ yang dilangsungkan di dalam negara.


Terdapat kira-kira 240 pertandingan ‘Spartan Races’ yang dianjurkan di 30 buah negara pada saban tahun.


Spartan Race kali ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 4,000 orang peserta daripada dalam dan luar negara termasuklah dari negara Singapura, Filipina, Thailand, Brazil, Anerika Syarikat dan England.