Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung  Kafa Datuk Ismail Md. Nor dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, penaja utama Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang mendapat pencalonan mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan tersebut.

Selain Annuar, Pengarah Urusan Chengal Jati Sdn. Bhd Datuk Ir Shaari Hassan dan Naib Presiden Kafa Datuk Rosmadi Ismail mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan nombor satu itu. - UTUSAN ONLINE