Ini berikutan tindakan tuan rumah mengugurkan dua acara yang menjadi kekuatan Malaysia iaitu Laser Radial dan Optimist Berpasukan.

“Pada temasya 2017 mereka meraih enam pingat emas. Kali ini sasaran kurang sikit kepada empat emas selepas dua acara kekuatan kita digugurkan,” katanya.

Shapawi bagaimanapun menegaskan, situasi itu tidak menghalang pihaknya me­ngenal pasti senarai 28 atlet dan enam jurulatih bagi menghadapi Sukan SEA yang dijadual berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember tahun ini.

Turut dalam senarai adalah dua pelayar yang sudah layak ke Sukan Olimpik 2020 secara merit iaitu Khairulnizam Mohd. Afendy dan Nur Shazrin Mohd. Latif.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaian, MSN akan mengadakan pertemuan hati ke hati dengan bapa ­Khairulnizam, Mohd. Afendy Abdullah bagi menyelesaikan isu kontraknya sebagai jurulatih yang tidak ­disambung.