Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 itu ternyata terlalu kuat buat Svitolina yang gagal memberikan tentangan bermakna sepanjang perlawanan. Osaka kini di landasan untuk membuat pertemuan ulangan dengan pemain yang ditewaskannya di final Terbuka AS tahun lalu iaitu Serena Williams.

Pilihan keempat kejohanan Grand Slam di sini bagaimanapun perlu menunggu aksi Serena menentang pemain Republik Czech, Karolina Pliskova terlebih dahulu dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini untuk menentukan pemain mana yang akan ditemuinya. - Agensi