Vietnam mengemukakan bantahan ketika pemainnya, Nguyen Thi Minh Thu menentang Brahmana Aisah Wijayanti Putri dari Indonesia ekoran jurulatih Indonesia memberi arahan kepada pemain itu ketika perlawanan berlangsung.

Indonesia enggan memberi kerjasama baik, sebelum akhirnya bertindak menarik diri daripada mengadakan perlawanan semula dengan posisi buah catur terakhir.

Keputusan itu membolehkan Minh Thu diberi kemenangan, sekali gus meraih perak, manakala Brahmana meraih gangsa.

“Vietnam mengemukakan protes dan Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk meneruskan permainan dari posisi terakhir buah catur dengan 22 saat diberi kepada Indonesia dan 20 saat kepada Vietnam. Tetapi Indonesia enggan bermain dan dianggap batal.

“Jika keputusan perlawanan itu kekal seri, Indonesia meraih emas. Disebabkan mereka kalah, Brahmana hanya meraih gangsa dan Nguyen perak,” kata jurulatih negara, Kamal Abdullah.

Bagi Nur Feiqha, 23, ini adalah emas peribadi keduanya selepas memenangi saingan individu standard dua hari lalu.

Dia Nur Feiqha turut meraih perak berpasukan rapid B2&B3 bersama Seri Izdihar Mohd. Shoberi dan Nur Izzati Zakaria.

“Oleh kerana perlawanan tadi adalah penentuan emas, saya agak gementar tetapi berjaya menang ke atas Phyu Phyu Win dari Myanmar,” kata Nur Feiqha.