Bekas juara dunia lapan kali itu, hanya mengambil masa selama 29 minit untuk menyingkirkan pemain No. 7 dunia tersebut 11-6, 11-6, 11-7.

Pencabar yang menanti Nicol pada suku akhir ialah pilihan kedua dari Mesir, Raneem El Welily yang menundukkan pemain yang mendapat tiket wild card, Li Dongjin dari China 15-13, 11-6, 11-6 dalam tempoh 25 minit.

Kali terakhir Nicol bertemu Raneem ialah pada Disember tahun lalu dalam Kejohanan Skuasy Dunia, dan pertemuan tersebut berkesudahan berpihak kepada pemain No. 2 dunia itu.

Mungkin pertemuan suku akhir, esok merupakan kesempatan terbaik untuk anak kelahiran Pulau Pinang itu menebus kekecewaan daripada kekalahan yang menimpanya sebelum ini dan sekali gus menempah slot ke separuh akhir.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, cabaran Nafiizwan Adnan terhenti setakat di pusingan kedua setelah dia akur dengan kehebatan pilihan pertama kejohanan, Simon Rosner dari Jerman 5-11, 9-11, 5-11 dalam masa 45 minit.