Nicol, pemain pilihan keenam yang mendapat bye dalam pusingan pembukaan, hanya mengambil masa 26 minit untuk menyingkirkan Fiona Mo­verly dari England 11-8, 11-5, 11-4 dalam perlawanan pusi­ngan kedua di gelanggang kaca San Franscisco Bay Area, menurut laman sesawang kejohanan, www.oraclenetsuiteopen.com.

Nicol yang muncul naib juara pada tahun lepas, akan bertemu juara 2016 Laura Massaro dari England dalam perlawanan suku akhir esok selepas pilihan keempat itu mengetepikan pemain Australia, Donna Lobban 6-11, 11-9, 11-8, 11-4 semalam.

Malaysia tidak menghantar pemain lelaki dalam kejohanan Jelajah Dunia PSA itu. – BERNAMA