Juara 2009 itu menumbangkan bekas pemain No. 4 dunia tersebut dengan keputusan 6-0 6-1 7-6(4), sekali gus menempah pertemuan dengan Frances Tiafoe Amerika Syarikat (AS), yang berusia 21 tahun bagi merebut tempat ke separuh akhir Selasa ini.

“Apabila pemain muda sudah tiba, mereka akan menarik perhatian semua orang. Sudah tentu. dia (Frances) sangat berisiko. Dia berada di suku akhir.

“Dia memenangi perlawanan sukar dalam semua pertandingan yang diceburi. Saya jangkakan satu perlawanan yang mencabar,” kata pemain berusia 33 tahun itu selepas perlawanan.

Sementara itu, pemain No. 2 dunia Angelique Kerber terpaksa akur dengan kekalahan selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pendatang baharu, Danielle Collins 6-0, 6-2.

“Sekali lagi saya katakan bahawa dia (Danielle) perlawanan ini adalah yang terbaik baginya. Secara jujurnya, saya rasa dia beraksi dengan cemerlang hari ini.

“Saya boleh nampak semuanya bagus dan servis dia juga baik. Cara dia membalas servis saya pun bagus,” kata juara Grand Slam tiga kali itu, yang juga merupakan pemain pilihan kedua.

Turut ditunjukkan jalan keluar adalah bekas pemain No. 1 dunia, Maria Sharapova selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Ashleigh Barty 6-4, 1-6, 4-6.- REUTERS