Penunggang Yamaha itu tidak memenangi sebarang perlumbaan tahun lalu dan hanya mampu menyaksikan seterunya, Marc Marquez me­rangkul kejuaraan dunia.

Bagaimanapun, sebuah rancangan televisyen di Itali telah memberi anugerah khas kepada Rossi iaitu Tapiro de oro (Pelumba Paling Gagal) sebagai pengiktirafan terhadap prestasinya yang cukup mengecewakan.

Rossi, 39, bagaimanapun tidak melenting, sebaliknya melemparkan senyuman ketika menerima anugerah tersebut dalam rancangan televisyen Striscia la Notizia, yang merupakan program dalam Canale 5.

“Saya tidak memenangi perlumbaan walau satu pun dan ia cukup menyakitkan. Musim yang sangat sukar.

“Bagaimanapun, ia cukup ‘menakjubkan’ kerana saya mensia-siakan salah satu tahun terbaik saya sebagai pelumba motosikal,” ujar Rossi dalam nada sinis.– AGENSI