Facebook Malaysian Cub Prix hari ini turut memuat naik gambar hitam putih Mohd. Hafiz dengan ucapan Al Fatihah.

Mohd. Hafiz yang disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada 4 petang ini.

Bapa mangsa, Nor Azman Mad Darus berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang yang berada tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

“Pada masa sama arwah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Tambahnya yang juga merupakan bekas pelumba, ekoran kejadian itu menyebabkan Mohd. Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) akan menjalankan siasatan dalam masa beberapa hari selepas menerima semua dokumen mengenai insiden tersebut.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan terekat Mohd. Hafiz Nor Azman,” kata Pengerusi AAM, Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dalam kenyataan media.