KUALA LUMPUR 9 April - Walaupun bermula di petak keempat dalam saingan Moto3 di Grand Prix Argentina, namun pelumba negara Adam Norrodin gagal mengekalkan rentak tunggangan apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Adam yang beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing mempamerkan aksi positif ketika saingan kelayakan apabila berupaya mencatat masa 1:54.346s untuk berada di barisan kedua ketika memulakan saingan. - UTUSAN ONLINE