MARC MARQUEZ
MARC MARQUEZ 

Lorenzo yang pernah merangkul tiga gelaran dunia MotoGP berpindah ke Honda menyertai Maurquez bagi musim 2019 selepas mengharungi dua musim menghampakan bersama Ducati. Menurut Rainey, walaupun pada hakikatnya Lorenzo perlu menyesuaikan diri­nya dengan jentera berbeza dan menyertai pasukan yang sememangnya dibentuk disekeliling Marquez, tetapi, dia mempunyai alasan untuk tidak mengalahkan rakan sepasukan baharunya.

“Marquez memiliki kekuatan sendiri, tetapi dia juga mempunyai kelemahan. Lorenzo mempunyai motivasi tambahan untuk memberikan tekanan ke atas Marquez. Dia sukar diramal dan memiliki gaya sendiri memacu jentera. Kelebihan dimiliki Lorenzo mampu mendorong Marquez melakukan kesilapan, situasi itu sudah pasti beri kelebihan kepada Lorenzo,” kata Rainey kepada Motorsport.com. – AGENSI