Walaupun bermula dari petak kelima, penunggang Honda itu berjaya memintas Jorge Lorenzo, Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk mengungguli perlumbaan di Litar Motoland, sekali gus meninggalkan rakan sepasukan, Dani Pedrosa di tempat kedua, manakala Lorenzo yang menunggang Ducati ketiga.

Marquez memulakan saingan dengan berkongsi 199 mata bersama Dovizioso, namun kemenangan hari ini membolehkan pelumba Sepanyol itu menjarakkan kedudukan kepada 224 mata.

Dua pelumba Yamaha, Vinales dan Rossi terpaksa berpuas hati di tempat keempat serta kelima. - AGENSI