Pelumba Repsol Honda dari Sepanyol itu mencatat masa terpantas 40 minit 32.372 saat (s), meninggalkan pencabar terdekat, Alex Rins di kedudukan kedua (40:34.270s) dan Johan Zarco dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 di tempat ketiga (40:34.846s).


Pelumba yang membawa harapan penyokong tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah pula melengkapkan aksinya di kedudukan ke-10 dengan catatan masa 40:59.291s. - UTUSAN ONLINE