Juara dunia dari Sepanyol itu menjuarai kategori utama sepanjang enam tahun terakhir dan sebelum itu tiga kali dalam kelas perlumbaan lebih rendah.

“Sembilan kemenangan berturut-turut di sini adalah sesuatu yang menakjubkan, Hidup Sachsenring!,” katanya.

Bermula dari petak pertama, setiap tahun sejak beraksi di litar Jerman itu, Marquez menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit 5.019 saat, 2.196 saat mendahului pencabar terdekatnya dari Yamaha, Valentino Rossi.

Rakan sepasukan pelumba lagenda Itali itu, yang menunggang Yamaha Maverick Vinales pula ketinggalan 2.776 saat.

Marquez kini mengumpul 165 mata untuk menerajui kedudukan kejuaraan MotoGP dengan mendahului Rossi 46 mata dan 56 mata ke atas Vinales. -AFP