NUR ILYANNA MOHD. KAMAL
NUR ILYANNA MOHD. KAMAL 

Kejohanan yang diadakan antara lain bertujuan menarik minta orang ramai terhadaop sukan motosikal lasak itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah program bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 5.30 itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Jurucakap penganjur, Nur Ilyanna Mohd. Kamal berkata, walaupun hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat para peserta yang mengambil bahagian serta orang ramai yang menyaksikan pertunjukan ini.

"Walaupun pertama kali dianjurkan, ia berjaya menarik minat peserta yang berusaha menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu daripada amalan hidup sihat mereka," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu terbuka MX Open, MX Novice, CKD Open dan Cubcross selain MX Veteran serta MX Junior.

Bagi kategori MX Open, johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 diikuti naib johan menerima RM450 manakala tempat ketiga mendapat RM250.

Kategori MX Novice dan MX Veteran, johan menerima wang tunai RM500 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing mendapat RM350 dan RM250. - UTUSAN ONLINE