Kedudukan itu menyaksikan Hafizh meraih lima mata selepas Morbidelli tidak beraksi di litar Sachsenring kerana cedera tangan ketika GP Belanda, dua minggu lalu.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh Hafizh apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 30.828 saat (s) dan kini pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mendahului senarai berkenaan dengan 22 mata selepas mencatat kepantasan 41 minit 30.828 saat (s).

“Tempat ke-11 adalah yang terbaik boleh saya raih ketika ini. Saya cuba untuk bangkit lebih bersemangat selepas berdepan beberapa pusingan yang sukar dan kini kami kembali sebagai pendahulu muka baharu sebelum cuti musim panas.

“Saya akan cuba mengekalkan keadaan badan supaya konsisten, berlatih dengan lebih gigih dan tidak hilang fokus kerana saya mahukan gelaran muka baharu terbaik,” katanya.

Morbidelli yang mewakili pasukan pasukan EG 0,0 Marc VDS kini turun ke tangga kedua dengan 19 mata selepas sembilan pusingan perlumbaan musim ini.

Perlumbaan seterusnya dijadual berlangsung di GP Republik Czech, 5 Ogos ini di sirkit Automotodrom Brno. -UTUSAN ONLINE