Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu mencatat masa 51 minit 47.584 saat, manakala dua pelumba Switzerland, Dominique Aegerter dan Thomas Luthi masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama serta kedua (51:39.709s dan 51:41.109s).

Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia berada di kedudukan kesembilan dengan catatan masa 52:41.204s.

Pelumba berusia 23 tahun kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke-10 secara keseluruhan setelah mengumpul 66 mata pada ketika saingan berbaki lima perlumbaan.

GP Malaysia bakal berlangsung pada 29 Oktober depan, yang menjadi perlumbaan kedua terakhir bagi musim ini.- UTUSAN ONLINE