Hafiz yang mewakili pasukan Red Bull KTM Tech 3 menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dalam perlumbaan sebelum ini di Le Mans, Perancis.

“Saya memandang ke hadapan untuk perlumbaan di Mugello selepas minggu yang baik di Le Mans yang menyaksikan saya meraih lebih banyak motivasi selain menguatkan keyakinan saya terhadap diri sendiri serta pasukan.

“Saya sedar kami perlu tingkatkan perkara-perkara kecil yang mampu membantu kami meraih keputusan positif dalam perlumbaan seterusnya.

“Saya berharap mampu meraih panduan yang baik ketika sesi latihan bebas pertama bagi membolehkan saya memahami situasi dengan sebaiknya,” kata Hafiz. - UTUSAN ONLINE