Pertandingan yang dibahagikan kepada lapan kategori itu diadakan di Litar Sutera Mall, Skudai, di sini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Johor, Abdul Jabar Mohd. Tahir berkata, kategori yang dipertandingkan adalah MX1 Motorcross, MX2 Motorcross Novice, Enduro International, Enduro Open, Enduro Veteran, ATV Open, Cubcross Open A dan Cubcross Open B.

Beliau berkata, antara pelumba ternama yang menyertai pertandingan itu ialah Larry Stuart Blair dan James Robo Robinson dari New Zealand, Pierre Catry (Perancis) dan Frank Craighton (United Kingdom).

Menurutnya, peserta tempatan yang bakal memberi saingan sengit ialah Muhamad Khairi Zakaria dan adiknya, Muhamad Azim.

"Inilah masanya untuk para peminat sukan motor lasak melihat kehebatan juara beraksi secara langsung. Para peserta motorcross akan bertanding di trek litar sepanjang 1.3 kilometer (km)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.