Vietnam menjadi negara Asia terbaru menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij itu selepas China, Jepun dan Singapura.

Menurut promoter Grand Prix Vietnam, Vingroup, perlumbaan di Hanoi akan diadakan di atas litar jalanan dan dijangka menarik peminat baharu.

Grand Prix Vietnam yang bakal menjadi perlumbaan jalanan keempat selepas Singapura, Monaco serta Azerbaijan akan diadakan di atas trek sejauh 5.565 kilometer dan memiliki 22 selekoh unik.

“Dengan sukacitanya kami mengumumkan Hanoi akan menjadi tuan rumah Grand Prix F1.

“Sejak terlibat dalam sukan ini pada 2017, kami sering bercakap tentang memba­ngunkan bandar-bandar yang mampu menjadi destinasi baharu F1.

“Kami gembira akhirnya dapat merealisasikan impian itu menerusi Grand Prix ­Vietnam.

“Kami sangat gembira ber­ada di Hanoi, antara bandar paling menarik di dunia yang kaya dengan sejarah serta memiliki masa depan amat cerah.

“Ini adalah formula sempurna untuk perlumbaan Grand Prix.

“Saya harap ia akan menjadi tumpuan dalam kalendar F1 pada masa akan datang,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Chase Carey dalam satu sidang akhbar di sini, semalam. – AGENSI