"Saya gembira di Red Bull, namun saya mengidamkan Ferarri.

"Saya sanggup membayar kos percutian untuk (pemandu Ferrari) Alonso untuk memiliki kereta merah" pemandu Jerman itu dipetik sebagai berkata dalam akhbar Itali Gazzetta dello Sport.

Vettel, 23, sebelum ini kerap kali menyatakan bahawa adalah menjadi idaman kepada mana-mana pelumba memandu untuk Ferrari suatu hari nanti.

"Saya ingin menduduki podium di Monza bersama Ferrari. Dan satu hari nanti saya harap memiliki sebuah Ferrari dalam garaj," katanya kepada satu lagi akhbar Itali, La Stampa. - Reuters