Vettel, 31, juara dunia empat kali tewas kepada pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, tahun lalu, selepas pemandu Jerman itu dan rakan sepasukannya melakukan beberapa kesilapan berisiko setelah bermula baik pada kempen tahun lalu.

Ferrari membawa masuk Leclerc, 21, bagi mengisi kekosongan tempat ditinggalkan juara dunia 2007, Kimi Raikkonen dan turut menggantikan prinsipal pasukan, Maurizio Arrivabene dengan ketua teknikal, Mattia Binotto.

“Sudah tentu, tekanan sudah bermula. Dia (Vettel) pasti me­rasainya, terutama apabila anda merupakan pemandu Ferrari. Dia perlu memperbaiki pencapaiannya, begitu juga dengan pasukan. Mereka banyak me­lakukan kesilapan pada tahun lalu di mana mereka sepatutnya memenangi gelaran dunia,” kata Rosberg kepada rangkaian televisyen, Sky Sports.

Button turut senada dengan Rosberg dan berkata, ketibaan Leclerc menyamai penampilan pertama Daniel Ricciardo bersama Red Bull. – REUTERS