Pelumba dari Australia itu merampas kedudukan pertama ketika perlumbaan berbaki 10 pusingan selepas dia mengatasi pendahulu, Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes yang menamatkan saingan di tempat kedua manakala ketiga menjadi milik Kimi Raikkonen dari Ferrari.

Pendahulu keseluruhan, Sebastian Vettel memulakan perlumbaan di petak pertama berjaya mendahului pelumba lain namun sebaik sahaja wakil dari Ferrari itu menukar set tayar pertamanya dia menamatkan saingan di tempat kelapan selepas berlanggar dengan Max Verstappen yang dikenakan penalti 10 saat kerana menjadi punca perlanggaran tersebut.

Juara dunia, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelima di belakang Verstappen namun selepas penalti yang dikenakan kepada pelumba dari Red Bull tersebut membolehkan menyebabkan Hamilton menduduki tangga keempat.

“Saya tidak berasa bosan untuk mencari kemenangan. Terdapat begitu banyak keseronokan untuk melakukannya (kemenangan) malah kita tidak boleh menjangkakan apa-apa.

“Selepas memikirkan semula apa yang kami terpaksa lalui pada 24 jam lalu, saya fikir kami perlu memulakan perlumbaan di petak pertama. Ganjaran sebenar diperoleh pada hari ini,” kata Ricciardo.

Pada mulanya, Ricciardo dan Verstappen bukan pencabar utama dalam perlumbaan tersebut bagaimanapun kereta keselamatan memasuki litar pada pusingan ke-32 daripada 56 pusingan keseluruhan selepas dua jentera Toro Rosso yang dipandu Pierre Gasly dan Brendon Hartley bertembung sesama sendiri.

“Kereta keselamatan itu membawa malang kepada kami,” kata Bottas. – REUTERS