Sekalipun pemandu Red Bull, Max Verstappen dan Daniel Ri­c­ciardo memenangi perlumbaan, Hamilton hanya perlu menamatkan saingan di tangga ketujuh untuk mengesahkan kejuaraan dunia kelima.

Bagaimanapun jika pemandu Ferrari, Sebastian Vettel gagal menang, Hamilton akan dinobat sebagai juara tanpa mengira keputusan yang diperoleh.

Dia hanya memerlukan lima mata untuk mengesahkan gelaran dunia kerana mengatasi Vettel dengan kelebihan 70 mata, sedangkan baki tiga perlumbaan cuma menawarkan 75 mata.

“Red Bull sukar dikejar tetapi Ferrari berada di tahap sama de­ngan kami, jadi kami akan lakukan yang terbaik,” kata Ha­milton.

Verstappen dan Ricciardo menguasai latihan bebas apabila mencatat masa pertama dan kedua terpantas, manakala Hamilton di tempat ketujuh.

Namun begitu, kedua-dua mereka sudah pun terkeluar daripada perebutan gelaran yang ha­nya menyaksikan pertembungan antara Hamilton dan Vettel. Vettel menamatkan sesi latihan bebas di tempat keempat. – AFP