"Malaysia kini bukan hanya melihat kepada perlumbaan sahaja, tetapi juga bidang kejuruteraan. Wang yang dibelanjakan untuk membina litar (Litar Antarabangsa Sepang) telah digunakan sebaiknya.

"Saya berharap F1 akan kembali (ke Malaysia) suatu hari nanti," kata Dr. Mahathir dalam ucapan ringkas selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC - Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 di sini malam ini.

Beliau mengakui bahawa idea membina Litar Antarabangsa Sepang telah membuka jalan bagi pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi dalam sukan permotoran.

Dr. Mahathir berkata, beliau mendapat idea untuk membina sebuah litar perlumbaan antarabangsa ketika melawat sebuah litar pelumbaan iaitu, Litar Autodromo di Portugal dan tidak pernah terfikir yang Malaysia akan mempunyai sebuah litar perlumbaannya sendiri.

"Saya dapat melihat penerimaannya amat baik, bukan sahaja untuk menonton perlumbaan F1, tetapi juga untuk menyertai perlumbaan itu sendiri," katanya.

Tun Dr. Mahathir merupakan penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. - BERNAMA

SENARAI PEMENANG ANUGERAH

Pencapaian Seumur Hidup: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dewan Kemashyuran: Allen Oh, Ng Wai Leong, Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri, Weiron Tan, Kuan Huah Chin

Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Jazeman Jaafar

Pelumba Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP)

Pemandu Tempatan Terbaik SIC: Mark Darwin

Pelumba Tempatan Terbaik SIC: Muhammad Helmi Azman

Pasukan Tempatan Terbaik (dua roda): SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing

Pasukan Tempatan Terbaik SIC (empat roda): Fream Chaser

Atlet Harapan Wanita Permotoran: Leona Chin

Atlet E-permotoran Terbaik SIC: Ady Rahimy, Angeline Lee

Pemandu Paling Menyerlah: Brendan Paul Anthony

Pelumba Paling Menyerlah: Danial Syahmi Shahril

Pembangunan Permotoran KBS: Danial Syahmi Shahril

Pilihan Ramai: Hafizh Syahrin Abdullah

Media (cetak) SIC-MAM-SAM Terbaik: Sukhairi Thani -BH

Media (jurugambar) SIC-MAM-SAM Terbaik: Riduan Rizal Ahmad-Utusan

Media (elektronik) SIC-MAM-SAM Terbaik: Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Aji Seregar - TV3