LE MANS 16 Jun - Nasib kurang memihak kepada trio negara yang diketuai oleh Jazeman Jaafar pada permulaan perlumbaan Le Mans 24 jam apabila keretanya mengalami masalah teknikal biarpun baharu memasuki pusingan pertama.
Situasi itu menyebabkan dia perlu memasuki kawasan pit untuk memperbaiki masalah tersebut sekali gus menyaksikan pasukan negara yang turut dibarisi Weiron Tan dan Nabil Jefri mewakili Jackie Chan DC Racing X Jota menggunakan jentera #37 Oreca ketinggalan empat pusingan kepada pelumba lain.
Bagaimanapun masalah itu berjaya diselesaikan oleh pasukan tersebut dan Jazeman kembali menyertai perlumbaan yang masih berbaki 23 jam lagi.- UTUSAN ONLINE