Pelumba muda Ferrari, Charles Leclerc hanya mela­ku­kan 29 pusingan di Litar Catalunya sebelum keretanya memasuki garaj pasukan bagi melakukan ‘pemeriksaan sistem penyejukan.’

Tempoh Valtteri Bottas bersama jentera Mercedes turut dihadkan selepas mengalami masalah minyak yang memaksa juara pengeluar 2018 itu menukar enjin.

Begitupun, Norris tampil dengan prestasi baik untuk McLaren dan mencipta masa terpantas tetapi catatannya hanya 0.006 saat lebih laju berbanding pelumba Red Bull, Pierre Gasly sekali pun pemandu Perancis itu menggunakan set tayar yang berbeza.

“Potensinya ada, kami akan cuba meningkat da­lam semua bahagian,” ka­ta Gasly.

Perlumbaan F1 2019 akan membuka tirai­nya pada Grand Prix Australia, 17 Mac ini, yang mana pelumba Mercedes, Lewis Hamilton tu­run sebagai pe­nyandang jua­ra dunia.– AFP