“Beberapa anggota pasukan saya diacukan senjata api malam tadi ketika meninggalkan litar di sini, di Bazil. Tembakan dilepaskan dan satu lagi pistol diacukan di kepala. Ia sangat mengejutkan.

“Tolong doakan rakan-rakan saya yang tetap menunjukkan sikap profesional hari ini biarpun masih dalam keadaan terkejut,” katanya dalam Twitter.

Sementara itu, jurucakap Mercedes berkata: “Kami boleh mengesahkan bas mini yang dinaiki pasukan dirompak dengan menggunakan senjata api ketika hendak meninggalkan litar malam tadi.

“Beberapa barangan berharga dicuri, tetapi yang lebih penting semua orang selamat dan tiada kecederaan berlaku”.

Anggota pasukan Williams dan pegawai Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut menjadi sasaran perombak, kata penulis F1 BBC, Andrew Benson dalam Twitter, Sabtu lalu.

Keadaan persekitaran Litar Interlagos yang bakal menjadi pentas Grand Prix F1 Brazil, esok dianggap berisiko tinggi, malah para pemandu terpaksa diiringi oleh polis menaiki kereta kalis peluru untuk pulang ke hotel penginapan.

Pemandu Britain, Jenson Button pernah menjadi mangsa rompakan pada 2010.

“Kejadian ini berlaku setiap tahun di sini. F1 dan semua pasukan perlu melakukan sesuatu, tiada alasan!,” tulis Hamilton lagi. - AFP