Vettel hilang kawalan selepas mengalami masalah mekanikal ketika memandu jentera dalam kelajuan 241 kilometer sejam di selekoh ketiga, sebelum melanggar penghadang sekali gus menyebabkan kerosakan besar pada keretanya.

Kemalangan tersebut menyebabkan Vettel sekadar berada di kedudukan ketiga terpantas sewaktu sesi ujian tersebut dan pelumba berkenaan berkata, kemalangan itu telah menyebabkan pasukannya berdepan kesukaran ketika ini.

“Semuanya mungkin akan menjadi lebih mudah jika jentera tidak terlibat dalam kemalangan. Saya juga dapat berasakan bahawa segalanya berpunca daripada bahagian hadapan jentera, malah, tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk mengelak pelanggaran itu,” kata Vettel.

Dalam sesi tersebut pelumba McLaren, Carlos Sainz mencatat masa terpantas meninggalkan pelumba Racing Point, Sergio Perez di kedudukan kedua, sementara dua pelumba Mercedes, Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton masing-masing mencatat masa kelapan serta kesembilan terpantas. - AGENSI