Kedua-dua pemandu yang merangkul gelaran dunia sebanyak empat kali itu terjebak di dalam persaingan sengit bagi merebut gelaran dunia bagi musim 2018 dengan Mercedes dan Ferrari silih berganti menghuni kedudukan teratas.

Hamilton dan Silver Arrows kembali memintas Vettel serta Ferrari, setelah mereka memenangi Grand Prix Formua Satu Jerman, minggu lalu selepas pemandu Jerman itu gagal melengkapkan saingan kerana terbabit dalam kemalangan.

Bagaimanapun, Ferrari mempamerkan kelebihan dari segi kelajuan jentera mereka di Hockenheim dan dijangka mengulangi kecemerlangan tersebut pada Grand Prix Hungary, hujung ming­gu ini.

Justeru, tekanan yang memuncak semakin dirasai Ha­milton dalam usahanya untuk mengekalkan kedudukan teratas berbanding pencabarnya itu sebelum rehat pertengahan musim bermula.

Namun, pemandu berusia 33 tahun itu, yang memburu gelaran keempat dalam tempoh lima tahun, menyedari sukar menangani tekanan psikologi sewaktu bertarung dengan Vettel.

“Paling sukar ialah menge­kalkan mental untuk bersaing bermula Mac hinggalah November. Saya sendiri tidak mampu memberikan jawapan tepat pada setiap minggu. – AGENSI