Pelumba Britain itu mencatat masa terpantas satu minit, 19.149 saat meninggalkan Vettel dengan 1:19.200s.

Rakan sepasukan Hamilton yang memenangi perlumbaan pertamanya di Rusia, dua minggu lalu, Valtteri Bottas dari Finland mengekori di tangga ketiga dengan kepantasan 1:19.373s, manakala rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen juga dari Finland di tempat keempat (1:19.439s). - AGENSI