Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hamilton paling pantas bersama Mercedes

LEWIS Hamilton menguji jentera baharu pasukan Mercedes AMG Petronas
LEWIS Hamilton menguji jentera baharu pasukan Mercedes AMG Petronas di Circuit de Catalunya sebelum aksi Grand Prix Formula Satu musim ini bermula. - AFP

BARCELONA, Sepanyol 28 Feb. - Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mempamerkan aksi meyakinkan bersama jentera baharu apabila muncul yang terpantas dalam pasukan itu pada aksi pertama pra-musim di Circuit de Catalunya.

Hamilton yang melengkapkan 152 pusingan juga dilihat lebih pantas 0.113 saat daripada pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas yang menggantikan juara dunia, Nico Rosberg hanya muncul keenam terpantas.

“Hari ini amat bagus bagi saya dan saya amat positif bersama pasukan ketika ini.

“Banyak lagi peningkatan dalam jentera baharu ini yang mungkin perlu di perbaharui lagi untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik,” kata Hamilton. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain