LEWIS HAMILTON mengisi masa lapangnya sepanjang musim Formula 1 berehat dengan mendapatkan lesen terjun udara. - Gambar Instagram Lewis Hamilton.

Penyandang juara dunia itu menghabiskan masa rehatnya dengan mengambil lesen terjun udara yang dikongsi di laman Instagram sebelum kempen baharu F1 dijadual bermula 17 Mac ini.

“Memperoleh lesen terjun udara saya. Perasaan melakukan terjun udara adalah menakjubkan, meluncur dan terjun udara pada hari yang sama adalah sesuatu yang mengujakan untuk saya.

“Sudahkah kamu melakukan terjun udara? Jika tidak, letakkan ketakutan kamu di tepi dan pergi. Kini, ini adalah keseronokan... Saya tidak boleh melupakannya!,” katanya.

Selain meneroka hobi baharu, Hamilton turun mendaftar dirinya bagi siri perlumbaan elektrik ‘off road’ baharu dikenali Extreme E yang bermula pada Januari 2021.

Perlumbaan Extreme E dijangka akan berlangsung di lima siri di lokasi terpencil di Kutub Utara, Banjaran Himalaya, Gurun Sahara, Hutan Amazon dan pulau di Lautan India. - AGENSI