Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hamilton bayangi Vettel

Lewis HAMILTON meraikan kejayaan memenangi Grand Prix Britain
Lewis Hamilton meraikan kejayaan memenangi Grand Prix Britain di Litar Silverstone semalam. REUTERS

SILVERSTONE 16 Julai - Lewis Hamilton muncul juara Grand Prix Formula Satu (F1) Britain untuk kali kelima hari ini sekali gus menyamai rekod Jim Clark dan Alain Frost.

Kemenangan di Litar Silverstone membolehkan pelumba berusia 32 tahun itu semakin menghampiri pendahulu kejuaraan dunia, Sebastian Vettel dengan perbezaan satu mata.

Rakan sepasukan Hamilton dari Mercedes, Valtteri Bottas meraih kedudukan kedua manakala Kimi Raikkonen menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Selepas meraikan kejayaan di atas podium, Hamilton turun dan melompat dan disambut oleh tangan penyokongnya.

“Sokongan di sini sangat luar biasa pada hujung minggu ini.

“Saya sangat berbangga kerana berjaya melakukan ini untuk awak semua. Sekarang ini perancangan saya ialah untuk merangkul kejuaraan dunia,” katanya.

Nasib malang bagaimanapun menimpa dua pelumba Ferrari selepas berdepan masalah tayar yang menyaksikan Raikkonen gagal menamatkan persaingan di kedudukan kedua kerana tayar hadapan sebelah kiri jenteranya pancit ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.

Masalah sama turut menimpa Vettel ketika perlumbaan berbaki empat pusingan sekali gus memaksanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain