Pemandu Mercedes itu yang hanya perlu menduduki tangga ketujuh dalam Grand Prix ­Mexico hujung minggu ini untuk dinobat sebagai juara dunia, berkongsi perjalanan indahnya bersama peminat di media sosial.

“Lihat betapa indahnya Mexico. Saya suka negara ini, lebih-lebih lagi rakyatnya,” tulis Ha­milton.

Hamilton, 33, yang turut berkongsi pengalaman ‘terbang’ di atas bangunan pencakar la­ngit menerusi satu video ringkas berharap, Mexico tidak ha­nya me­ninggalkan pemandangan indah, malah kenangan istimewa.

Hanya kesalahan besar mampu menyekat juara 2017, 2015, 2014 dan 2008 itu daripada menjulang kejuaraan, Ahad ini.

Pelumba Britain itu kini mendahului pencabar utama dari Ferrari, Sebastian Vettel dengan kelebihan 70 mata, sedangkan baki tiga perlumbaan musim ini hanya menawarkan 75 mata.

Hamilton hanya mencari lima mata lagi bagi mengesahkan gelaran, manakala Vettel perlu menjuarai semua baki perlumbaan jika mahu menghidupkan harapan. – AGENSI